• 18, TIB 2/8 Road, 68100 Batu Caves, Selangor
  • +6 012976 9852
  • support@tunas.com.my

Mulanya kami sebagai pemain bola sepak amatur!

Mempunyai tenaga kerja yang berdedikasi dan mempunyai kepakaran khusus di bidang tertentu, ia menjadikan kami sebagai syarikat 100% bumiputera yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui nasihat berhemah dan toleransi..

Wujudnya sebagai sebuah freelance dalam bidang seni rekabentuk grafik di awal penubuhan, kini Tunas Technology menjadi sebuah pemain penting dalam industri teknologi komunikasi maklumat di Malaysia. Dikenali sebagai Dellantre Solution suatu masa dahulu, kini ia dikenali sebagai sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penting dalam menguruskan sistem maklumat dan juga pengurusan perniagaan melalui medium pengiklanan maya berstrategi di internet. Antara perkhidmatan utama yang kami sediakan ialah :

  • Laman web korporat, setor atas talian, persatuan dll.
  • Rekabentuk grafik
  • Internetworking
  • Pengiklanan internet(SEO)
  • Server
  • Teknikal komputer
  • Sistem perakaunan(accounting)
  • Sistem penggajian(payroll)
  • Sistem sokongan(support & ticketing)
  • Pendidikan(perakaunan & ICT)

Kerja terbaik adalah melalui keikhlasan dan membantu antara satu sama lain, hidup bersaudara dan saling memerlukan.

Fauzzury – Presiden, Tunas Technology

 

 

Falsafah

Kami yakin. Ya, kami yakin kerja secara berjemaah dan berkumpulan mampu menjadikan kami sebuah organisasi teknologi maklumat bertaraf antarabangsa dan memberi pulangan manfaat kepada semua orang; walaupun mereka bukan pelanggan kami.

Projek komuniti

  • KampungWifi – 2008
    Menyediakan perkhidmatan talian internet tanpa wayar di Kampung Melayu Wira Damai. Yang pertama di Selangor.
  • KampungSolar – 2010
    Projek ujikaji bagi membekal tenaga elektrik secara alternatif kepada pam air di Kampung Melayu Wira Damai ekoran tekanan air rendah ketika itu.
  • Halaqah.net – 2007
    Laman portal islamik yang kekal sehingga kini. Memberi sokongan dari aspek teknikal server dan laman web.

Pasukan riang kami!