• 73-B,Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
  • +6 012976 9852
  • support@tunas.com.my

Selamat berkenalan!

Mengalu-alukan anda untuk bersama kami disini. Melakukan kerja-kerja rumit dan signifikan.

Mulanya kami sebagai pemain bola sepak amatur!

Mempunyai tenaga kerja yang berdedikasi dan mempunyai kepakaran khusus di bidang tertentu, ia menjadikan kami sebagai syarikat 100% bumiputera yang mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan melalui nasihat berhemah dan toleransi..

Wujudnya sebagai sebuah freelance dalam bidang seni rekabentuk grafik di awal penubuhan, kini Tunas Technology menjadi sebuah pemain penting dalam industri teknologi komunikasi maklumat di Malaysia. Dikenali sebagai Dellantre Solution suatu masa dahulu, kini ia dikenali sebagai sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penting dalam menguruskan sistem maklumat dan juga pengurusan perniagaan melalui medium pengiklanan maya berstrategi di internet. Antara perkhidmatan utama yang kami sediakan ialah :

  • Laman web korporat, setor atas talian, persatuan dll.
  • Rekabentuk grafik
  • Internetworking
  • Pengiklanan internet(SEO)
  • Server
  • Teknikal komputer
  • Sistem perakaunan(accounting)
  • Sistem penggajian(payroll)
  • Sistem sokongan(support & ticketing)
  • Pendidikan(perakaunan & ICT)

Wujudnya asal Tunas adalah sekadar membantu rakan-rakan. Atas bantuan tidak seberapa itu kami berkembang dengan organik melalui medium (mouth to mouth) marketing yang dibina atas dasar kepercayaan kenalan kami. Sehingga kini kami terus menerus membantu peniaga lain melalui kepakaran yang kami raih selama ini.

Fauzzury – Presiden, Tunas Technology

 

 

Falsafah

Kami yakin. Ya, kami yakin kerja secara berjemaah dan berkumpulan mampu menjadikan kami sebuah organisasi teknologi maklumat bertaraf antarabangsa dan memberi pulangan manfaat kepada semua orang; walaupun mereka bukan pelanggan kami.

Projek komuniti

  • KampungWifi – 2008 Menyediakan perkhidmatan talian internet tanpa wayar di Kampung Melayu Wira Damai. Yang pertama di Selangor.
  • KampungSolar – 2010 Projek ujikaji bagi membekal tenaga elektrik secara alternatif kepada pam air di Kampung Melayu Wira Damai ekoran tekanan air rendah ketika itu.
  • Halaqah.net – 2007 Laman portal islamik yang kekal sehingga kini. Memberi sokongan dari aspek teknikal server dan laman web.

Pasukan kami!